assalamualaikum semua,,,
Di sebalik jelingan mata itu? mengingatkan saya tentang seorang insan yang paling saya sayangi dan hargai.
saya terlalu rindukan belaian manjanya ketika saya kecil. Semasa itu, saya masih di dalam dakapannya dan inginkan belaian manjanya. Seorang insan yang terlalu berharga dan saya akan menjaganya sehingga akhir hayatnya.... Insyaallah....
Insan itu ialah ibu saya iaitu Norhayati bt. Yusoff. Tanpanya tidak mungkin saya dapat hidup di bumi yang indah dan kaya ini. Saya dibesarkan di Kampung Wakaf Stan di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Kehidupan keluarga saya sangat sederhana dan saya memang memasang niat untuk merubah kehidupan keluarga demi untuk kesenangan mereka terutamanya abah dan ma.