Saturday, October 30, 2010

Ciri-ciri Sindrom Down

Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang ciri-ciri mereka yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedilit kepada sederhana terencat akal. Kelemahan perkembanagn seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan   terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan denagn kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebarangkalian Sindrom  Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.
           Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi Sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masalah kesihatan berkait dengan pengidap Sindrom Down termasuk risiko tinggi bagi kecatatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea obseructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.

Monday, October 18, 2010


Kali ni saya tertarik mengenai insan yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Sindrom Down atau trusomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan  oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doctor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan  berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Kebiasaannya Sindrom Down dikenal pasti semasa kelahiran. Mungkin cerpen saya  akan mengisahkan tentang dunia Sindrom Down.

Thursday, October 14, 2010

Sayangku Tania

Namanya Tania..... disebalik namanya tersembunyi maksud yang mendalam.... dia anak bongsu dalam adik-beradik saya dan bagi saya dia amat istimewa. Kelahirannya pada 13 Nov 2009 mengubah kehidupan kami sekeluarga. Senyumannya membuat kami sekeluarga bahagia dan bagi kami dia memahami perasaan seseorang yang memerhatikannya.  
        Walaupun dilahirkan sebagai seorang Sindrom Down tetapi bagi kakak adik yang paling bertuah di kalangan kami.

Wednesday, October 13, 2010

Lebaran ini

Salam lebaran untuk semua..... besar tak keluarga saya? kalau nak tahu  ini baru separuh saje yang sempat bergambar. Ini semua keluarga di sebelah abah dan adik beradik abah semuanya dah berumah tangga. Atuk dengan nenek masih sihat di samping cucu-cucu mereka yang sangat comel dan riang.

Insan ini


assalamualaikum semua,,,
Di sebalik jelingan mata itu? mengingatkan saya tentang seorang insan yang paling saya sayangi dan hargai.
saya terlalu rindukan belaian manjanya ketika saya kecil. Semasa itu, saya masih di dalam dakapannya dan inginkan belaian manjanya. Seorang insan yang terlalu berharga dan saya akan menjaganya sehingga akhir hayatnya.... Insyaallah....
Insan itu ialah ibu saya iaitu Norhayati bt. Yusoff. Tanpanya tidak mungkin saya dapat hidup di bumi yang indah dan kaya ini. Saya dibesarkan di Kampung Wakaf Stan di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Kehidupan keluarga saya sangat sederhana dan saya memang memasang niat untuk merubah kehidupan keluarga demi untuk kesenangan mereka terutamanya abah dan ma.